1. Konsep Pecahan

Kebiasaannya guru menghadapi masalah dalam memperkenalkan sesuatu konsep terutama tajuk Pecahan. Sepanjang pengalaman saya mengajar tahap dua selama 10 tahun, banyak perkara yang saya dapat dalam memperkenalkan konsep pecahan ini. Guru akan cuba menggunakan pelbagai kaedah dalam memperkenalkan konsep pecahan. Pada saya, kaedah menggunakan bahan maujud lagi mudah untuk murid fahami. Disamping itu, saya menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid dan inkuiri penemuan. Setelah murid boleh memahami konsep pecahan, saya menggunakan gambar rajah untuk aktiviti pengukuhan. 

Berikut adalah cara saya untuk memperkenalkan konsep pecahan.

1.KONSEP PECAHAN

Pecahan adalah sebahagian daripada seluruh rajah atau sesuatu benda.

PENERANGAN

Pengenalan Tajuk Pecahan kepada murid-murid memerlukan bahan bantu mengajar dalam memudahkan pemahaman murid. Penerangan berikut boleh digunakan dalam mengenalkan apa itu pecahan dalam langkah 1 proses pengajaran dan pembelajaran.



 
 1. Lukis sebuah kotak segiempat sama

2. Bahagikan segiempat yang dilukis kepada 4 bahagian 

 3. Warnakan satu bahagian dengan warna merah.

Sekarang boleh tulis pecahan petak bewarna merah daripada seluruh rajah. 
Merah= 1 dan Seluruh rajah=4.
1 itu adalah pengangka dan 4 itu adalah penyebut.
contoh:

1
4