Monday 3 October 2011

Indahnya Matematik...

Apa itu matematik?

    Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

    Matematik sebenarnya bermula sejak kita bayi. Kita telah didedahkan kepada angka-angka atau nombor, malah barang permainan juga telah diterapkan dengan nilai-nilai berunsur matematik. Matematik mengikut Kamus Dewan Edisi ke-3, ialah ilmu hisab. Ilmu hisap merujuk kepada perkara-perka yang memerlukan operasi penghintungan dan pengiraan. Pengajaran matematik pula merujuk kepada pengajaran yang berkaitan dengan kiraan atau hitungan.

   Dalam perkataan yang mudah untuk difahami, matematik merupakan salah satu unsur yang terpenting dalam kehidupan harian. Hal ini kerana, matematik digunapakai bermula dari kelahiran sehinggalah beransur ke alam yang kekal abadi.


Rujukan:

Abdul Latif Sulaiman (1992). “Sejarah Matematik.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.