Saturday, 27 August 2011

Gambar Saiz 4R

Ok bercakap tentang ‘crop’ gambar, saiz yang paling popular adalah 4R (4inci x 6 inci). Mari saya kongsikan cara saya ‘crop’ gambar menggunakan perisian Photoshop. Ya, saya menggunakan Photoshop untuk tips ini.
1. Pertama sekali, buka gambar yang hendak di ‘crop’ di dalam Photoshop.
2. Pilih ‘Crop Tool’ seperti yang anda dapat lihat di sebelah kiri dalam bulatan merah. Click pada tanda “Crop Tool’.

3. Di bahagian atas, masukkan saiz yang anda mahukan di dalam kotak ini. Untuk 4R saiznya adalah 4 inci X 6 inci. Sila lihat di dalam bulatan merah dalam gambar di bawah ini.

4. Selepas itu, anda pilih bahagian mana yang hendak di ‘crop’ mengikut keperluan.

5. Click pada butang ‘crop’ seperti yang di tunjukkan di bawah ini, dalam bulatan merah.

6. Ok siap. Tahniah, anda berjaya sudah.

Boleh faham tak? Saya harap rakan-rakan yang belum tahu cara ini, boleh faham dengan melihat gambar yang saya tunjukkan.
Ok, saya perlu menyambung kerja saya. Selamat mencuba...

0 comments:

There was an error in this gadget