Saturday, 27 August 2011

Saiz gambar dan Kesan apabila di cetak

Terdapat berbagai saiz gambar yang biasa digunakan. Gambar 3R bersaiz 3 X 5 inci adalah satu saiz yang popular satu masa dulu, kini digantikan dengan saiz 4R iaitu 4 X 6 inci. Gambar saiz ini biasanya sesuai dimuatkan ke dalam album. Untuk saiz yang lebih besar yang sesuai dipaparkan dalam bingkai untuk hiasan meja adalah 5R (5 X 7 inci) dan 8R ( 8 X 10 inci). Gambar yang lebih besar dan sesuai untuk bingkai hiasan dinding adalah saiz 11R (11 X 14 inci) atau 16R ( 16 X 20 inci). Anda juga boleh cuba membesarkan gambar dengan saiz ‘panoramic’ atau ‘square’ untuk mendapatkan kelainan pada paparan gambar anda. Satu perkara penting yang harus diingat sebelum membesarkan gambar ialah, anda perlu pastikan yang gambar tersebut benar-benar tajam dan beresolusi tinggi. Jika tidak, gambar tersebut akan kelihatan kabur setelah dibesarkan.

0 comments:

There was an error in this gadget